Oleh : Al-Ansari
ALOR GAJAH, 10 Nov : “Umat Islam mestilah bersatu supaya agenda Islam dapat dipertahankan dan diangkat seperti mana yang dituntut dalam Islam.
“Kita lihat baru-baru ini bagaimana umat Islam di Amerika secara majoriti bersatu untuk memilih calon Demokrat Joe Biden dalam pertarungan untuk menguasai Rumah Putih berdasarkan tinjauan Majlis mengenai Hubungan Amerika-Islam (CAIR).”
“Pemilihan Biden sedikit sebanyak berjaya mengurangkan tekanan kepada umat Islam di Amerika apabila Biden mengumumkan pada hari pertama beliau memulakan khidmat sebagai presiden akan membatalkan larangan perjalanan ke atas pelancong dari 13 negara yang kebanyakannya terdiri dari negara-negara Islam”.
Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin lagi, umat Islam di Malaysia juga seharusnya bersatu demi mempertahankan maruah Islam dan seterusnya mengangkat martabat Islam kepada yang lebih tinggi.
Tambah beliau, atas semangat kesatuan Islam, pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional dan pertahankan Perikatan Nasional.
Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.