Home Berita PAS Melaka

PAS-UMNO jalin hubungan tubuh koperasi DUN Kuala Linggi

609
SHARE

Oleh : Zul Sham Mahat

MASJID TANAH, 4 Nov : PAS dan UMNO Kuala Linggi mengukuhkan lagi persafahaman dan perpaduan dengan menubuhkan sebuah koperasi iaitu ‘Koperasi Ummah Kuala Sungai Baru Melaka Berhad’.

Penubuhan koperasi ini telah diilhamkan oleh ADUN Kuala Linggi, YB Datuk Wira AR Ismail Othman demi untuk kesatuan ummah.

Hasil daripada perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua parti ini maka tertubuhlah koperasi ini pada 7 Oktober lepas setelah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Mesyuarat pertama lantikan serta agenda lain telah dibuat malam tadi di Japerun DUN Kuala Linggi dan mesyuarat itu dipengerusikan sendiri oleh Adun Luala Linggi itu.

Menurut Setiausaha koperasi yang baru ditubuhkan ini, Ustaz Nordin Abu Hasan, tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk meningkatkan ekonomi masyarakat Islam setempat di samping menyahut seruan ‘Buy Muslim First’ (BMF).

“Peringkat awal kita telah memperolehi 100 orang ahli yang yang berminat untuk menggerakan koperasi ini. Untuk menjadi ahli yuran sebanyak RM20 akan dikenakan.

“Dan modal syer minimum pula ialah sebanyak RM100. Modal syer ini akan dikembangkan mengikut keperluan semasa” ujar beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Cawangan PAS Kampung Pantai.

Tambah Ustaz Nordin lagi, ini merupakan satu inisiatif yang baik dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan baik Perikatan Nadional disamping dapat membantu anak-anak bumiputra Islam berkecimpung dalam sektor perniagaan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)