Oleh : Al-Ansari
ALOR GAJAH, 1 Nov: “Dengan lantikan wakil PAS dalam kerajaan hari ini, kita wajib menggunakan segenap ruang dan peluang demi menguatkan Islam khususnya di negeri Melaka.
“Demi persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti, jentera PAS harus bersiap siaga dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi keuntungan Islam.
“JPKK sebagai jantung dalam gerak kerja politik, selain mendengar keluhan rakyat haruslah turun menyampaikan mesej Islam.”
Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertua PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin ketika berucap dalam Program Sembang Santai bersama JPKK PAS Durian Tunggal di Kampung Gangsa yang dipengerusikan oleh Pengarah JPrD Durian Tunggal, Azman Ahmat semalam.