Home Artikel PAS Melaka

PAS Tangga Batu cakna kebajikan masyarakat setempat – Rafie Ahmad

241
SHARE

Oleh : Kamil Saufee

TANGGA BATU, 1 Nov: PAS Kawasan Tangga Batu sentiasa cakna dengan kebajikan ahli dan masyarakat setempat, kerana itu program santuni masyarakat setempat ini diadakan.

Program ini juga adalah kesinambungan daripada program-program ziarah yang telah diadakan sebelum ini semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 yang lepas.

“Antara tujuan lain program ziarah ini adalah bagi mencari dan membantu mereka yang terjejas dari segi pendapatan akibat daripada kesan Covid 19”, kata Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Rafie Ahmad.

Beliau berkata demikian semasa ditemui Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai Program Ziarah Santuni Masyarakat Setempat anjuran Jentera Pilihan Raya DUN (JPrD) Paya Rumput di sini, pagi tadi.

Program ini yang diketuai oleh beliau sendiri telah berkunjung ke beberapa buah rumah di sekitar Krubong.

Selain itu, program ini juga merupakan program berkala yang diadakan untuk pimpinan PAS menyantuni ahli dan masyarakat di dalam Parlimen Tangga Batu khususnya dalam DUN Paya Rumput dan DUN-DUN yang lain dalam Parlimen Tangga Batu.

Hadir sama dalam program ziarah ini adalah Pengarah JPrD Paya Rumput, Norazman Yusof, Bendahari PAS Kawasan, Kamarul Arifin serta beberapa orang pimpinan PAS dalam DUN Paya Rumput.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)

.