Home Berita PAS Melaka

Haji Mohd Diah terima anugerah DSM

2007
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 31 OKT : Pengerusi Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung, Mohd Diah Abdul, telah menerima anugerah pingat Darjah Seri Melaka (DSM), sempena sambutan hari jadi ke-71, Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri di sini pagi tadi.

Haji Mohd Diah, 82, adalah nama yang tidak asing lagi di Negeri Melaka kerana kegiatan politik beliau sebagai aktivis PAS yang bermula dari tahun 1969 sehingga kini yang sudah menjangkau 51 tahun.

Beliau juga pernah menjadi Yang Dipertua (YDP) PAS selama sepuluh tahun sehingga tahun 2014 di Kawasan Batu Berendam sebelum ditukar namanya kepada Kawasan Bukit Katil dan kini dikenali sebagai Kawasan Hang Tuah Jaya.

Haji Md Diah yang merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam dan Maahad Ar Rahmah Melaka juga adalah Penasihat Masjid Al Faizin Bukit Lintang selain sebagai AJK PAS Kawasan Hang Tuah Jaya ketika ini.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Solok Gaung, Bukit Lintang pada tahun 1938 ini mempunyai seorang isteri, Hajjah Aishah Abd Azizi dan dikurniakan seramai tujuh orang cahaya mata.

Darjah Seri Melaka (DSM) yang diterima Haji Mohd Diah ini  mula dikurniakan pada tahun 1971 kepada orang perseorangan yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada Negeri Melaka ini tidak membawa sebarang gelaran.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)