Home Berita PAS Melaka

Sambutan Maulidur Rasul peringkat PASTI Al Jali Sungai Tuang

611
SHARE

Oleh : Sumayyah Ahmad

MASJID TANAH, 30 Okt: PASTI Al Jali telah mengadakan program sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW yang berlangsung di premis PASTI ini di Sungai Tuang, di sini, pagi tadi.

Sambutan dijalankan bagi menerapkan rasa cinta dan sayang terhadap Baginda Rasulullah dalam kalangan murid-murid serta guru, selain memperingati peristiwa yang besar dalam Islam ini, iaitu lahirnya seorang nabi yang memberi rahmat kepada sekalian alam.

Pengerusi PASTI Al Jali, Ustaz Azmi Sambul, dalam ucapannya menekankan agar warga PASTI Al Jali sentiasa menyayangi Baginda Nabi SAW dengan mengamalkan sunnah, memperbanyakkan selawat dan mengikuti akhlak terpuji Baginda, agar mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Murid-murid dan guru-guru kelihatan bersemangat mengalunkan selawat yang dipimpin oleh Setiausaha PASTI Al Jali, Ustaz Zul Sham Mahat sebagai kemuncak kepada program sambutan ini.

Majlis berakhir dengan jamuan makan yang disumbangkan oleh penjaga dengan aneka juadah.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)