Home Berita PAS Melaka

Tazkirah pagi Jumaat : Kamu katakan yang kamu…

1480
SHARE

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم.
بسم الله الرحمن الرحيم.

Al-Ahzab 33:56

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته:

Mulianya Nabi dan Rasulullah SAW sehingga Allah mulakan dengan dzat-Nya berselawat kepada Nabi Muhammad SAW kemudian diikuti oleh para malaikat kemudian baru diperintahkan kepada kita untuk berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Kamu katakan yang kamu cinta dan rindu kepada Nabi Muhammad S.A.W. tapi kamu jarang menyebut dan berselawat kepadanya. Sedangkan kebiasaannya seseorang yang cinta dan rindu pada seseorang akan sentiasa teringat dan menyebut nama orang yang dicintai dan dirindukan. Jadi adakah benar ketika lidah mu mengatakan yang kamu cinta dan rindu pada Rasulullah S.A.W sedangkan lidah mu jarang menyebut dan berselawat kepada nabi Muhammad S.A.W. Tepuklah dada tanyalah iman.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد.

سيروا على بركة الله. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

“ISLAM MEMPERKUKUH PERPADUAN”

#KitaJagaKita
#DemiIslam

USTAZ MOHD. SHAFIQ ISMAIL
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Tangga Batu


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)