Home Artikel PAS Melaka

38 pegawai syarak terima surat anugerah daripada KM Melaka

1180
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 23 Okt : Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali telah menyerahkan surat penganugerahan kepada 38 pegawai syarak negeri Melaka yang berlangsung di kediaman rasmi beliau di Seri Bendahara, Ayer Keroh, di sini malam semalam.

Menurut beliau, pegawai-pegawai syarak ini adalah dalam kalangan imam, bilal, bilal wanita, pengurusan jenazah wanita, noja dan penggali kubur yang terpilih.

“Penganugerahan ini bersempena Sambutan Hari Jadi Ke-71 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima surat penganugerahan pada malam ini.” ujar beliau.

Turut hadir di dalam majlis ini ialah Penasihat Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Ustaz Kamarudin Sidek, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Sazali Muhd Din dan Pengerusi Penyelaras Masjid-Masjid Negeri Melaka, Muhammad Ahyad Abdullah.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Menteri di dalam laman Facebook rasmi beliau yang dimuatnaik malam semalam.

Kredit Foto : Facebook Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)