Home Berita PAS Melaka

Kejadian kecurian di SRITI An-Najah : Pemuda PAS HTJ zahir simpati

695
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

HANG TUAH JAYA, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya (DPPKHTJ) hari ini telah melakukan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada SRITI An-Najah Bukit Katil susulan kejadian sekolah itu dipecah masuk yang disedari pagi semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Ridzuan Ibnu Sarif kepada Mudirah SRITI An-Najah, Siti Fatimah Abu Bashar.

Ridzuan turut menzahirkan rasa simpati kepada pihak sekolah atas kejadian yang berlaku dan merayu orang ramai untuk sama-sama menyumbang bagi meringankan beban seluruh kakitangan SRITI An-Najah.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SRITI An-Najah, Muinuddin Mustafa, 29, kejadian hanya disedari pada jam 7.10 pagi semalam oleh seorang guru yang hadir untuk bertugas di bilik guru.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaun rasmi sekolah CIMB BANK ISLAMIK (Sriti An Najah) yang bernombor 8603304328 atau menghubungi talian 06-2312873 untuk maklumat lanjut.

Turut hadir dalam kunjungan itu adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Melaka Abu Khir Abu Bakar.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)