Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : 16 kes baharu, tertinggi pernah direkod!

463
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

HANG TUAH JAYA, 19 Okt : Sebanyak 16 kes baharu direkodkan di Negeri Melaka hari ini yang merupakan kes harian tertinggi pernah direkodkan semenjak tamatnya PKP di negeri ini.

Demikian dilaporkan oleh laman Telegram Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sebentar tadi.

Menurut laporan itu daripada 16 kes yang direkodkan itu, 11 kes adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit; tiga kes daripada saringan di Depot Tahanan Imigresen; satu kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan satu kes saringan individu bergejala.

Sebanyak 12 mukim hari ini dikategorikan sebagai Zon Kuning berbanding tujuh semalam iaitu Mukim Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling, Durian Tunggal, Rembia, Chohong, Batu Berendam, Duyong, Kesang, Ayer Panas, Machap dan Bukit Piatu.

Sementara itu sebanyak 858 kes direkodkan di seluruh negara hari ini dengan Sabah masih merekodkan kes negeri tertinggi sebanyak 643 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)