Home Berita PAS Melaka

Kanak-kanak hidap asma kronik lega terima bantuan ‘chamber’ sumbangan JPrD PAS Gadek

566
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 19 Okt : Kanak-kanak pesakit asma kronik, Muhammad Alif Irwansyah Abdul Rahman, 6, berasa lega dapat bernafas dengan baik kembali setelah menerima bantuan ‘chamber’ bagi rawatan asma yang disumbangkan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS DUN (JPrD) Gadek.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi bagi pihak JPrD PAS Gadek dalam satu aktiviti ziarah turun padang di sini semalam.

Sepanjang sesi ziarah, adik Alif kelihatan batuk tanpa henti disebabkan penyakit asma yang dideritainya memaksa beliau untuk tidur lebih awal untuk berehat ketika sesi ziarah itu sedang berlangsung.

Pihak JPrD PAS Gadek turut menyerahkan bantuan barangan keperluan asas seperti beras, gula dan keperluan asasi bagi membantu keluarga adik Alif yang tinggal di sebuah rumah kecil di Kampung Ganun yang kini mengalami masalah kewangan kesan daripada Wabak Covid-19 sejak Mac lalu.

Ibu kepada adik Alif, Noor Aini Muhammad Salleh, 29, yang kini bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan yang dapat meringankan beban beliau dalam menyara keluarganya.

Ziarah turut disertai Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah, Khanapiah Nor, Ketua Lajnah Kebajikan Alor Gajah, Rozita Mohd Saad dan beberapa orang guru PASTI.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)