Home Artikel PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Satu kes baharu di Chohong Jasin

503
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 17 Okt : Satu kes baharu Covid-19 dikesan di Mukim Chohong Daerah Jasin, manakala dua kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan keseluruhan kes aktif di Negeri Melaka pada hari ini ialah sebanyak 13 kes.

Demikian dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Telegram rasmi milik jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu kes terbaru itu diklasifikasikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kes positif.

Laporan itu turut menyenaraikan tujuh mukim dalam Negeri Melaka yang dikategorikan sebagai Zon Kuning iaitu Mukim Bukit Katil, Ayer Molek, Tanjung Minyak, Tanjung Kling, Durian Tunggal, Rembia dan terbaru Mukim Chohong.

Sementara itu bagi kes keseluruhan Negara hari ini mencatatkan kenaikan mendadak iaitu sebanyak 869 kes dengan 451 daripadanya direkodkan di Negeri Sabah.

Secara keseluruhan empat kes kematian dilaporkan hari ini semuanya dikesan di Negeri Sabah.

Kes sembuh pada hari ini ialah sebanyak 302 kes menjadikan kes sembuh keseluruhan seluruh Negara ialah sebanyak 12561 kes.