Home Berita PAS Melaka

Tinta optometris siri 2 : Pemeriksaan ‘slit lamp’ penting untuk pemakai kanta lekap

802
SHARE

Mengapa wajib?

1. Tugas optometris bukan sekadar memastikan anda dapat membaca huruf terkecil. Kami juga akan memastikan keadaan mata anda sihat.

2. Antara alat yang diguna pakai bagi memeriksa mata adalah ‘slit lamp’. Alat ini membantu kami memeriksa keadaan hadapan mata anda.

3. Antara keadaan atau penyakit yang boleh diperiksa adalah mata kering, keadaan salur air mata, luka pada sclera, katarak dan pelbagai lagi penyakit.

4. Pemakai kanta lekap adalah berisiko kepada beberapa penyakit di atas, sekiranya tidak mengamalkan langkah yang sihat dalam memakai kanta lekap.

5. Pemeriksaan slit lamp ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Walaupun 30 minit adalah lama bagi sesetengah daripada kita, tapi ia amat penting kerana mata adalah organ yang sangat sensitif.

6. Kami (optometris) sering berjumpa pelanggan yang tidak mengamalkan pemakaian kanta lekap yang sihat, akibatnya ada di antara mereka yang mempunyai luka yang teruk pada mata, sehingga diberitahu doktor bahawa mereka tidak boleh lagi memakai kanta lekap buat SELAMA-LAMANYA.

7. Semoga coretan ringkas ini bermanfaat kepada semua pemakai kanta lekap di luar sana.

Terima kasih,

Siti Hawa Saadah Hamdan
Optometris di HS Optometrist


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)