Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Mukim Bukit Katil menambah satu lagi kes baharu

896
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 12 Okt : Mukim Bukit Katil dalam Daerah Melaka Tengah menambah satu lagi kes baharu Covid-19 hari ini sehari selepas mencatatkan tiga kes baharu semalam.

Demikian dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Menurut laporan itu, kes terbaru ini dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan saringan kontak rapat kepada kes positif sebelum ini.

Tiada kes sembuh dilaporkan di Melaka hari ini menjadikan keseluruhan kes aktif setakat hari ini ialah sepuluh kes.

Sebanyak 563 kes keseluruhan direkodkan di seluruh negara hari ini, sementara Sabah pula masih menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan merekodkan 291 kes.

Sementara itu Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya petang tadi telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober ini jam 12:01 tengah malam.

Tambah Ismail Sabri lagi, di Sabah pula, PKPB akan dilaksana di seluruh negeri tersebut berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober 2020 hingga 26 Oktober.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)