Oleh : Al-Ansari
ALOR GAJAH, 12 Oktober : Berikutan peningkatan kes Covid-19 di Melaka, Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin menasihatkan seluruh masyarakat khususnya warga Alor Gajah supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial demi mengelakkan jangkitan virus Covid-19.
“Semalam negara kita mencatatkan peningkatan kes yang mendadak di seluruh Malaysia sehingga tiga angka, sebanyak 561 kes dan Melaka tiga kes, menunjukkan belum ada tanda penurunan.
“Perdana Menteri juga sudah memberikan isyarat akan melaksanakan beberapa tindakan pantas dalam menangani wabak ini ketika sesi perutusan khas situasi semasa Covid-19 pada 6 Oktober lepas.
“Oleh itu kita semua haruslah bersiap sedia dari segi mental dan jentera dalam berhadapan dengan situasi ini dan membantu kerajaan dalam memutuskan rantaian Covid-19,” kata beliau.
Ustaz Syahbudin berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka sebentar tadi.