Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka : Satu kes baharu di Sungai Udang hari ini

1200
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 10 Okt : Satu lagi kes baharu Covid-19 direkodkan di Mukim Sungai Udang, Daerah Melaka Tengah hari ini seperti yang dilaporkan di laman Facebook Jabatan Kesihatan Melaka sebentar tadi.

Mengikut laporan itu kes tersebut dikategorikan sebagai kes Import B, iaitu individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi, iaitu Negeri Sabah.

Tambah laporan itu lagi, dengan peningkatan satu kes itu menjadikan kes aktif di seluruh Negeri Melaka berjumlah tujuh kes setakat hari ini.

Secara keseluruhan 374 kes baharu direkodkan di seluruh Malaysia hari ini dengan Sabah mencatat kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 277 kes.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)