Home Berita PAS Melaka

Kuliah haraki mingguan Markaz PAS Jalan Hujan Panas ditangguhkan

566
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 3 Okt : PAS Kawasan Masjid Tanah sebentar tadi mengumumkan penangguhan sementara kuliah haraki mingguan yang biasanya diadakan pada setiap hari Sabtu malam di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah, Jalan Hujan Panas.

Menurut Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Abu Ikrimah Al-Malakawi, penangguhan ini adalah selaras dengan arahan penangguhan semua program umum PAS di seluruh negara oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semalam.

“Penangguhan ini adalah serta-merta bermula kuliah pada malam ini. Kita akan maklumkan semula sekiranya ada apa-apa perubahan berkaitan perkara ini.” ujar beliau.

Arahan yang dikeluarkan oleh pihak PAS Pusat semalam adalah ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di Malaysia akhir-akhir ini.

Ustaz Abu Ikrimah memaklumkan perkara ini kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)