Home Artikel PAS Melaka

Ahli PAS terharu dikunjungi Adun Tanjung Bidara

394
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 1 Okt : Seorang ahli PAS yang menghidap strok terharu apabila dikunjungi Adun Tanjung Bidara, YB Datuk Md Rawi Mahmud dalam satu program Ziarah Kasih di sekitar DUN Tanjung Bidara di sini petang semalam.

Khalim Baba, 54, yang bekerja sendiri dan menetap di Kampung Pulau itu mula diserang strok dua bulan lepas.

Dalam kunjungan tersebut Adun Tanjung Bidara itu turut menyampaikan sumbangan kebajikan bagi membantu meringankan beban ditanggung beliau.

Selain Khalim, Md Rawi turut menziarahi rumah mantan noja Masjid Kampung Pulau, Ahmad Baba yang uzur dan Juriah Jabar yang juga menghidap strok.

Md Rawi yang ditemubual Wartawan Rakyat Melaka (WARM) seusai program itu mengucapkan terima kasih atas kerjasama PAS dalam menjayakan program ini.

“Apa yang penting kita perlu kuatkan kerjasama di dalam Muafakat Nasional demi faedah rakyat.” Ujar beliau.

Turut serta di dalam program ini ialah Assabiqun (veteran) PAS Haji Zailani Yusof yang lebih dikenali sebagai ‘abang Laboh’ dari kampung Lubok Redan.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)