Home Berita PAS Melaka

Kesukaran hidup ibu tunggal tarik perhatian Skuad Ameerah Care

660
SHARE

Oleh : Siti Hajar

HANG TUAH JAYA, 27 Sept : Skuad Ameerah Care Hang Tuah Jaya berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang hidup dalam kesukaran menyara dua anak selepas kematian suami di Bukit Katil Permai, di sini pagi semalam.

Wakil Ameerah Care, Siti Umairah Mohd Ali yang hadir menyampaikan bantuan tersebut menzahirkan kekaguman dengan ketabahan Rassidah Abdul Rahim, 40, yang bersusah-payah menanggung dua orang anaknya yang berumur 18 dan tiga tahun setelah suaminya meninggal dalam satu kejadian kemalangan tahun lepas.

Umairah juga difahamkan bahawa ibu tunggal yang menyara dua orang anak itu ada menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Maim (MAIM) dan Sukalerawan Ibu Tunggal.

“Namun, bantuan tersebut tidak mencukupi dan keluarga mereka memerlukan sumbangan tambahan seperti stok makanan bagi menampung kehidupan sehari-hari.” ujar beliau

Justeru, sesiapa yang ingin memberikan sumbangan berupa wang tunai atau keperluan makanan harian, boleh terus menghubungi beliau yang juga wakil Ameerah Care di talian 013-6658175.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)