NegeriTerengganu

Pemerkasaan Cawangan Teras Pertahan Kemenangan

KUALA TERENGGANU – Pemerkasaan jentera di peringkat cawangan dalam usaha mempertahankan kemenangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Terengganu.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kekuatan parti perlu diperkukuh bermula dari akar umbi dengan memastikan jentera cawangan sentiasa mantap dan berfungsi secara aktif.

β€œKeahlian kita di peringkat cawangan mesti ditambah.

β€œDi samping itu, program-program tarbiah di peringkat cawangan-cawangan, usrah-usrah yang kita lakukan mesti diteruskan dan kena istiqamah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bantu Buruk pada Ahad 12 April.

Beliau turut menegaskan bahawa pengukuhan aspek kebajikan di peringkat cawangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dipertingkatkan kerana ia menjadi antara faktor utama yang mendekatkan parti dengan masyarakat.

β€œKita tahu tarbiah adalah merupakan asas kepada kekuatan kita di dalam parti PAS ini,” ujar beliau.

Tambahnya, PAS perlu terus memperkukuh gerak kerja di semua peringkat sebagai persediaan menghadapi sebarang cabaran politik pada masa akan datang.

β€œSebab kita tahu kekuatan yang ada pada PAS ini adalah kekuatan yang ada pada kebajikan. insya-Allah kita terus kuatkan kekuatan kita di peringkat cawangan-cawangan dan juga di peringkat DUN.

β€œDan insya-Allah kita bakal, kita akan berhadapan dengan siapa-siapa pun.

β€œKita hadap mereka dengan penuh keinsafan dan dengan penuh ketakwaan kita kepada Allah dengan niat kita yang jelas, kita memperjuangkan PAS ini adalah untuk menegak dan mendaulatka agama kita di bumi Terengganu dan insya-Allah di negara Malaysia ini suatu hari nanti, insya-Allah,” tambah beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

πŸ“± πŸ“˜ 🐦 ✈️