KelantanNegeri

137 pelajar cemerlang DUN Pengkalan Kubor terima sumbangan

Oleh: Asri Hamat

PENGKALAN KUBOR, 13 April — Sebanyak 137 pelajar cemerlang dari Dewan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang mencapai keputusan membanggakan dalam peperiksaan utama tahun 2025 menerima sumbangan kecemerlangan dalam satu majlis di Wisma Imtiyaz, di sini, Khamis lalu.

Pelajar yang diraikan terdiri daripada lepasan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP).

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Pengkalan Kubor yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Dato’ Wan Roslan Wan Hamat sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan pencapaian para pelajar.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️