🔴 TERKINI
JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS JENTERA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN PERKUKUH GERAK KERJA, GEMPUR DUN TIRAM DEMI KEMENANGAN PERIKATAN NASIONAL JENTERA PAS WANGSA MAJU DIGERAKKAN KE DUN TIRAM, TEKAD MENANGKAN CALON PERIKATAN NASIONAL “INI MASA BEKERJA, BUKAN MENONTON” PEMUDA PAS WP GESA JENTERA TURUN PADANG ‘Sudah Kuasai PN, Kini Masa Tawan Putrajaya’ Dewan Ulamak PAS WP Perhebat Gerak Kerja PRU16 DHPP Wilayah Persekutuan Komited Turun Padang, Sasar Bantu Kemenangan PAS pada PRU16 GEGAR DEWAN FADHIL NOOR: PAS WILAYAH PERSEKUTUAN ISYTIHAR SIAGA PRU16, ANNUAR MUSA BAKAR SEMANGAT JENTERA DI BARISAN HADAPAN DEMI PERJUANGAN: JABATAN AMAL WILAYAH PERSEKUTUAN SEDIA BERKHIDMAT DI N.40 TIRAM PAS Wangsa Maju Lancar Misi Tawan Hati Masyarakat Bukan Islam, Poovan Ikigaai Dilantik Terajui Pendukung PAS
NegeriTerengganu

Terengganu Bakal Jadi Hab LNG Pantai Timur

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Terengganu bakal menyaksikan satu lagi lonjakan besar dalam sektor tenaga negara apabila projek pembangunan terminal regasifikasi gas (RGT) di Kemaman sedang giat dirancang untuk menjadi hab “ liquefied natural gas” (LNG) utama di Pantai Timur.

Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Besut, YB Haji Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, status pembangunan projek berkenaan kini berada di peringkat rundingan lanjutan melibatkan pelabur antarabangsa dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa persekutuan, kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan.

Katanya, majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara E&H Energy dan MBI Terengganu serta perjanjian pajakan tanah dengan EPIC Berhad telah pun berlangsung pada Februari lalu, sekali gus memperkukuh komitmen terhadap pelaburan strategik ini.

“Keputusan akhir berkaitan pelaksanaan projek RGT ini dijangka akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, dengan tempoh pembinaan dijangkakan mengambil masa 30 bulan.

“Jika semuanya berjalan lancar, operasi penuh dijangka bermula pada suku pertama tahun 2028,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau berkata demikian dalam Sidang DUN ketika menjawab soalan lisan ADUN Bandar, YB Haji Ahmad Shah Bin Muhamed, pada hari ini.

Menurutnya, banyak manfaat berganda kepada negeri yang mana pembangunan projek LNG ini diyakini mampu memberi impak besar kepada Terengganu, terutamanya dari aspek pembangunan infrastruktur, pengembangan industri hiliran tenaga, peningkatan teknologi serta kemahiran tenaga kerja tempatan.

Selain itu, projek ini juga dijangka memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan dan pemasaran negeri melalui daya tarikan pelaburan asing.

“Dari sudut nasional, projek ini dilihat mampu meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia, mengurangkan ketidakseimbangan imbangan perdagangan serta menyumbang kepada sasaran iklim negara melalui peralihan kepada sumber tenaga yang lebih bersih dan lestari,” ujar beliau.

Dengan perkembangan ini, Terengganu kini berada di landasan strategik untuk muncul sebagai pemain utama dalam industri LNG serantau, selari dengan aspirasi negara ke arah pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️