PASTI Berjaya Lahirkan Anak Berjiwa Al-Quran
Oleh : Izzat Al-Qushairi
KUALA NERUS – Semenjak ditubuhkan Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) telah terbukti berjaya melahirkan anak – anak yang berjiwa dan mencintai Al-Quran seawal empat tahun.
Ketua Pemuda PAS Setiu, Ustaz Mohd Shafizi Ismail berkata,pelajar-pelajar diajar membaca dan menghafal kalimah Al Quran dan doa.
“Ada dikalangan mereka boleh ingat surah Al Mulk, ini adalah kelebihan anak-anak kita yang berada di PASTI,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan PASTI Al Mustaqim telah diadakan di Pasti Al Mustaqim, Wakaf Mesira di sini pada 20 Julai.
Menurut Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit itu, sehingga kini ratusan program telah dijalankan oleh pihak PASTI untuk menaikkan taraf modal insan pelajar-pelajar.
“Mereka yang perlu digilap pengetahuan mereka dengan ilmu agama dan pendedahan am,” katanya lagi.
Justeru itu, Shafizi berharap sokongon penuh daripada ibu bapa bukan sekadar menghantar anak- anda di PASTI tetapi juga bersama-sama mengembeling tenaga dan berganding bahu untuk memajukan pusat pendidikan pra-sekolah tersebut.
” Jika kita lihat di PASTI negeri-negeri lain mereka mampu membina bangunan yang mampu menampung ribuan pelajar”, jelasnya di hadapan ibu bapa yang hadir memeriahkan lagi suasana kejohanan itu,” tambah beliau.