NegeriTerengganu

Selesai ‘Tanah Terkilan’ Agenda Utama

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Menyelesaikan isu ‘tanah terkilan’ atau tanah yang telah dirampas adalah salah satu agenda utama PAS Bukit Besi.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, beliau akan berusaha sehabis daya bagi merealisasikan manifesto yang dijanjikan.

Menurutnya, sejak dari awal, beliau dilantik mengepalai DUN Bukit Besi, isu itu sering dibawa untuk dibincang ke dalam mesyuarat bagi mencari jalan agar selesai segera.

“Hari ini (semalam) kita telah menghimpunkan peserta tanah terkilan seramai 51 orang pada kali ini, yang mana jumlah kesemuanya 122 orang.

“Kali ini kita kumpulkan dahulu pertemuan dengan peserta tanah terkilan yang melibatkan Mukim Jerangau, dimana sebelum ini telah diadakan dengan peserta Mukim Besol”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, semasa Taklimat Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Jerangau bagi peserta tanah terkilan, di Balairaya Felda Jerangau A, semalam.

Menurut Ghazali, peserta terkilan berkenaan, suatu masa dahulu telah pun diberi Lesen Menduduki Sementara (LMS), namun telah dirampas oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika menang didalam Pilihanraya tahun 2004.

“Peserta juga telah membayar kepada juruukur pada masa itu dengan bayaran lebih kurang RM 500 ringgit namun tidak sempat diberikan geran kekal kepada peserta sebaliknya telah dirampas,” ujar beliau.

Tambahnya, senarai 122 orang, telah direkodkan dan tindakan susulan mengadakan pertemuan mengikut peringkat dan kumpulan akan dibuat untuk mengetahui status semasa, samada masih berminat untuk diteruskan atau tidak.

“Ianya melibatkan RTB Pertanian dan juga RTB Perumahan. Sebahagian tanah yang dijanjikan dahulu telah pun dimiliki oleh kerajaan negeri, itu kita tak nak kacau, walau macammanapun pihak kita berusaha bagi mengantikan dengan tanah yang baru.

“Bagi diangkat permohonan untuk dimiliki oleh Peserta Terkilan yang akan kita maklumkan apabila telah benar-benar selesai nanti,” ujar beliau.

Oleh itu, satu pertemuan Peserta Tanah terkilan kali ketiga pula akan melibatkan mereka terbabit dari DUN lain di Dungun, termasuk peserta dari Mukim Sura dan juga Mukim Abang.

Sehubungan itu Timbalan Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Ridhuan Yusoff berkata, PAS telah ‘terpalit’ dengan fitnah mengenai isu tanah berkenaan ketika kalah pada pilhan raya tahun 2014.

“Dimana kerajaan (BN) pada masa itu menyebarkan berita bahawa duit yang dibayar sebanyak lebih kurang RM 500 ringgit itu dibuat beli bendera PAS.

“Dengan penguasaan media, dan tiada ruang diberikan untuk PAS bersuara menyebabkan fitnah itu tidak dapat dihentikan,”jelas beliau.

Namun begitu, beliau bersyukur kerana kemenangan yang diberikan oleh Allah membuka ruang penyelesaian.

Justeru beliau menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada Pengarah MTD, Ghazali Sulaiman untuk menyelesaikan isu tanah berkenaan.

Dalam pada itu, mengesahkan perkara tersebt, bekas Setiausaha Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR), Zaik Mohd Nor berkata, perkara itu benar-benar terjadi dan mendukacitakan rakyat pada ketika itu.

“Perkara ini lama didiamkan seolah-olah tidak akan ada lagi penyelesaian.

“Alhamdulillah dengan pemerintahan yang baru ini kita harap dapatlah diselesaikan dan memberi sinar harapan yang baru kepada rakyat dan membuktikan bahawa kerajaan PAS benar-benar pedulikan rakyat, dan memperjuangkan nasib rakyat,” jelasnya yang kini merupakan Timbalan PAS Cawangan Felda Jerangau A.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️