Khatan Nusantara Selatan Thai Mungkin Disertai Muallaf
Oleh : Suhaimi Taib
KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia Cawangan Terengganu (PAPISMA) dalam perjalanan ke Selatan Thailand untuk program Khatan Nusantara.
Pengerusi pertubuhan itu, Dr. Mujahid Fauzi Sulong ketika ditemubual dalam perjalanan berkata, program tersebut pertama kali diadakan tahun ini.
Sebelum itu katanya, PASPISMA telah mengadakan program seumpama itu di Kemboja, 27 Mei tahun lalu.
Beliau berkata, kira-kira 80 orang kanak-kanak Islam Selatan Thailand akan dikhitankan dalam program tersebut.
“Kemungkinan muallaf turut serta dalam program itu, ” katanya.
Menurut beliau program tersebut akan diadakan di Masjid Darul Mukhlisin Banggol Kabus Yingo Narathiwat dengan kerjasama Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Cawangan Terengganu.
Sementara itu kira-kira 22 peserta dari pegawai perubatan dan pembantu perubatan dari Terengganu dalam perjalanan Ke Selatan Thailand dengan menaiki sebuah bas untuk program Khatan di Narathiwat itu.
Perjalanan bermula jam 8.00 pagi bertolak dari Perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu diketuai oleh Dr. Mujahid Fauzi Sulong sendiri.
Sebelum bertolak, doa selamat dibacakan oleh Encik Abdullah Wahab memohon kepada Allah semoga perjalanan peserta selamat pergi dan balik.