DHPP Sedia Galas Amanah, Yakin Perlaksanaan Syariah
KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegaskan, pendirian ‘sayap baru’ PAS itu tidak akan dapat digugat oleh mana-mana pihak, dalam meneruskan perjuangannya menyokong perlaksanaan syariah di Malaysia.
Pengerusi DHPP Terengganu, Dr. Bala Chandran G.K berkata, PAS berbeza dengan parti-parti politik yang lain, kerana parti itu adalah ‘parti yang berwahyu’.
“parti PAS adalah parti yang berwahyu, berlainan daripada DAP atau PKR (kerana) Perlembagaan PAS berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah…………(membawa) kita takut kepada tuhan, (sebaliknya) Umno ingat dia itu tuhan,
“kita nak bersama PAS kerana kita nak menunjukkan (dan menyeru) kepada orang bukan Islam (spaya) berilah satu peluang (kemenangan) kepada PAS, untuk kita (semua) menikmati keberkatan Islam, dan keadilan untuk semua, ”jelasnya.
Beliau menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS agar memberikan fokus,menyokong kepimpinan yang telah diberi mandat dalam pemilihan baru-baru ini.
Katanya, sekarang adalah masa untu bekerja memperkemaskan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang diadakan tidak berapa lama lagi.
“Jika masih ada suara-suara ‘sumbang’ yang berbunyi selepas muktamar…….. itu tidak harus berlaku kerana PAS bukan untuk individu tetapi PAS untuk semua.
“Apa yang penting, kita (PAS) kena buat persiapan untuk pilihan raya (PRU ke-14) akan datang,” tegasnya.
Menurut beliau, DHPP sedia menggalas amanah ‘menjadi jambatan’ merapatkan hubungan antara PAS dengan masyarakat bukan Islam di negara ini, sekiranya DAP tidak mahu lagi ‘berkawan’ dengan PAS.
Oleh itu, beliau akan mengambil tanggungjawab tersebut dan sudah bercadang akan mengadakan satu ‘jelajah ke seluruh negara’ bagi menerangkan kebaikan undang-undang syariah Islam kepada semua kaum di negara ini.
Katanya, langkah tersebut telah pun dimulakan dengan beberapa perjumpaan bersama masyarakat India dan Cina di Kuala Terengganu.
Menurutnya, ramai lagi golongan bukan Islam yang kurang faham terhadap dasar-dasar PAS sehingga mereka menganggap PAS akan memaksakan tatacara kehidupan Islam keatas mereka.
Justeru itu, beliau yakin, dasar PAS untuk menegakkan sebuah kerajaan yang berjalan didalamnya hukum Islam adalah merupakan satu ‘senjata yang paling ampuh’ kepada PAS bagi mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).
‘Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan kalah sekiranya dilawan dengan wang ringgit dan jentera yang kuat kerana ia memang kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) selama ini,
“tetapi percayalah…………Umno dan BN kan hanya dapat dikalahkan dengan dengan undang-undang syariah Islam, Hudud dan Qisas,”kata beliau