Teruskan berdoa untuk orang kena zalim, umat Islam Mesir dan Syria
Oleh; Muhammad Mujahid
KUALA NERUS – Pembebasan 13 orang peserta ‘ops bubar’ yang dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun sebelumnya adalah disifatkan sebagai berkat doa dan munajat seluruh pendokong demokrasi dan penentang kezaliman.
Bendahari MTD PAS Teluk Pasu Haji Sa’ari bin Mohd Amin megucapkan syukur kehadrat Allah dan berterima kasih kepada semua sahabat dan taulan yang turut memberikan sumbangan kepada anakandanya Mariyam, isteri kepada Faiz bin Arshad, salah seorang daripada 13 orang yang terbabit.
“kesemua 13 peserta ‘ops bubar’ yang dijatuhkan hukuman penjara dibebaskan sementara menunggu ulang bicara, saya bersyukur kepada Allah dan ucap terima kasih kepada semua pihak, yang mengadakan solat hajat dan munajat,
“yang memberikan sumbangan samada kepada anak saya Mariyam atau pun kepada suaminya Faiz, IsyaAllah……..semuanya akan dicatat sebagai amal soleh dan diberi ganjaran oleh Allah SWT nanti,”ujarnya.
Menurutnya, dugaan dan ujian dari Allah kepada kepada semua pejuang menunjukkan kebenaran perjuangan Islam yag dibawa oleh PAS kerana ia bertepatan sunnah RasuluLlah dan dengan apa yang dialami oleh semua pejuag kebenaran diseluruh dunia masakini.
[Gambar ; Atas – Ibu Faiz memeluk anaknya sebaik dibebaskan……….. Kanan – Faiz terus bersemangat dan gambar bawah – Mariyam bersama Faiz sebaik diumumkan Faiz da 12 orag yang lai di bebaskan]
Beliau mengajak semua pihak agar terus berdoa untuk keselamatan umat Islam di Syria dan Mesir yang sedang meghadapi cabara getir dan menyabung nyawa menentang pihak sekular da musuh-musuh Islam.
“ujian ini juga meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah……..sesungguhnya perlu dihadapi dengan bersabar dan bertakwa (dan) jangan lah di antara kita bebangga diri………….. perjuangan menegakkan dan memenangkan Islam ini sangat jauh dan sangat panjang masanya,
“laluannya tidak dihampar permaidaini merah (dan) musuh-musuh tidak tidur (untuk) mencari kelemahan dan menghancurkan Islam, teruskanlah berdoa dan bermunajat bagi keselamatan para pejuang dan kemenang Islam di Mesir dan Syria dan seluruh dunia,”katanya.
Sementara itu, Mariyam yang dihubungi bersyukur kerana suaminya dibebaskan dari tahanan di penjara Tapah dan berikrar akan terus berjuang menentang ketidakadilan kezalima.
“AlhamduliLlah……….alhamduliLlah………alhamduliLlah, saya bersyukur sangat-sangat, akhirnya suami saya dan rakan-rakan (yang lain) berjaya dibebaskan dari tahanan pnjara untuk tempoh rayuan…………. mohon semua terus berdoa semoga semua orang kena zalim dibebaskan dari hukuman penjara kelak,
“……….. teruskan berjuang melawan kezaliman dan jutaan terima kasih kepada semua dengan berkat doa dan segala sumbagan..semoga Allah membalas semua kebaikan kalian………Amin……,”ujarya yang juga bekas pengacara yag mengendalika rancangan ‘Solehah’ di TV 9.