TOLAK Jelajah Terengganu
Menurut Pengerusi Gamis Terengganu, Muhammad Raimi Bin Abdul Rauf, TOLAK adalah merupakan gabungan beberapa NGO di seluruh Malaysia yang telah bersepakat untuk menolak UMNO/BN pada PRU-13 kali ini.
“TOLAK di ketuai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan juga seluruh Gamis negeri. Antara NGO yang terlibat adalah LYNAS, Royalti, Gesa, SAMM dan lain-lain,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media hari ini, Khamis,11 April.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, Gamis Terengganu ingin mengajak semua anak muda di negeri Terengganu, tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, menyertai konvoi TOLAK pada 13 April ini.
“Kita akan berkumpul di (perkarangan) Stadium Sultan Mizan Gong Badak pada jam 9.00 pagi dan akan memasuki beberapa kawasan tumpuan untuk mengedar risalah, (menadakan) ‘speaker corner’ dan ‘flashmob’ di pantai Batu Burok sebagai simbolik penolakan anak muda terhadap Umno/BN,”jelasnya.
Katanya, Konvoi kali ini bertujuan untuk mengumpul seberapa banyak tandatangan daripada rakyat Malaysia di seluruh Negara bagi membuktikan bahawa masa Umno/BN sudah luput dan bersedia untuk di TOLAK pada PRU-13 kali ini.