Tuduhan ‘Makan Duit’ Fitnah; Wang RTB Disimpan Oleh Peguam
Menurut mantan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, permohonan tanah sebelum itu mengambil masa sehingga dua puluh tahun untuk diluluskan, tetapi telah dipendekkan sehingga tiga tahun sahaja.
“minta hari ini tunggu dua puluh tahun lagi baru boleh lulus……..pasal apa? kerana tunggakan (permohonan tanah) terlalu banyak dan tidak dapat diproses dengan cepat! Pasal apa tak boleh cepat, sebab kerja utama adalah untuk ukur tanah (sedangkan) SO (pegawai penempatan) tak ramai…..alat tak canggih,
“apabila PAS memeintah negeri Terengganu, saya mencadangkan kepada Tok Guru (Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) saya bincang dan semak………..masalahnya adalah masalah ukur (tanah),
“peraturan membenarkan tanah boleh diukur oleh juru ukur berlesen………kita bincang akhirnya harga (ukur) dipersetujui RM490 sahaja……..akhirnya rakyat bersetuju (kita) gunakan khidmat juru ukur swasta dan kita lantik tujuh juru ukur berlesen dibawah satu konsortium,”ujarnya.
Dengan keputusan itu, beliau berkata, kerajaan PAS telah merancang agihan tanah melalui program Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sebagaimana yang telah dilaksana di Felda Jetengah Jaya melalui RTB Generasi Kedua.
Beliau yang kini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang mengulangi penjelasannya itu pada majlis penerangan Amanah Khas PRU-13 di Cabang Tiga dekat sini semalam 13 Mac.
Sebelum itu beliau berkata demikian dalam majlis penerangan berkait tanah RTB Generasi Kedua Felda Ketengah Jaya di Dataran Ketengah Jaya Dungun pada 11 Mac, Isnin lalu.[Lihat Video]
Menurutnya, selepas selesai kerja-kerja mengukur, ada tanah-tanah RTB tersebut yang tidak dapat dibangunkan kerana keadaan tanah tidak rata.
Oleh itu katanya, kerajaan negeri ketika itu menggalakkan pembangunan tanah tersebut dilakukan oleh para peserta RTB itu dengan kos yang ditanggung sendiri oleh mereka.
“sebab itulah (satu) Jawatankuasa (RTB) ditubuhkan (dan) berpakat….dan dalam kes di sini (RTB Generasi Kedua Ketengah Jaya) setiap orang (peserta) dikehendakki bayar lebih kurang RM1200,
“(bayaran) itu termasuk upah ukur dan kerja-kerja berkaitan serta (membangunkan dan) menyelesaikan masalah tanah yang tidak rata, yang berbukit…..berpaya dan sebagainya,”jelasnya.
Beliau menegaskan, tuduhan yang mengatakan ada pihak-pihak yang ‘baham duit’ dalam projek RTB adalah satu fitnah kerana wang yang dibayar oleh para peserta disimpan oleh pihak peguam, bukannya oleh individu tertentu.
Katanya, pihak peguam terbabit akan mengeluarkan wang tersebut dan membayar kepada juru ukur atau kontraktor yang terbabit dengan memajukan tanah-tanah terbabit.