Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5.0)
Lima minit kemudian, dengan diiringi konvoi ribuan anak-anak muda bermotosikal Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tiba di Dataran PGU5.0 di Pekan Jabi ini.
Majli perasmian PGU5.0 akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar negeri Kelantan Darul Naim.
Sebelum itu, Preiden PAS dijangka menyampaikan amanat kepada puluhan ribu ahli dan penyokong PAS yang hadir dalam majlis yang gilang gemilang itu.
[Gambar – atas; kenderaan yang membawa Presiden PAS tiba di Dataran PGU5.0 dan diikuti gambar bawah, ketibaan Mursyidul Am PAS]Dalam Majlis perasmian kali ini, tiga tokoh masyarakat termasuk seorang kerabat DiRaja Terengganu akan mengisytiharkan diri masing-maing, menyertai PAS.
Turut hadir dalam Majlis itu adalah beka Menteri Umno, Datuk Abdul Kadir Sheikh Kadir, Pengerusi DAP Ng Chai Hing, Wakil PKR dan beberapa wakil-wakil NGO.
Siaran langsung Majlis peraamian PGU5.0 dipancarkan ke seluruh dunia dan boleh diikuti melalui laman webTerengganukini.net
****Lihat Galeri PGU5.0 1 Khidmat Masyarakat 5 Oktober**** Lihat Galeri PGU5.0 Futsal Pemuda & Ceramah 5 oktober