Rampas Tanah Anugerah Kerajaan PAS; Kerja ‘Hodoh’ Umno-BN Terengganu Terserlah
Demikian dinyatakan oleh seorang aktivis masyarakat Haji Jusoh bin Ishak, 69, (Gambar) ketika ditanya mengapa Umno-BN bertindakan merampas tanah-tanah yang secara sah telah diberikan oleh kerajaan kepada rakyat negeri Terengganu.
“Perangai hodoh, dia (Umno-BN) tidak ikut perlembagaan…… adat dia tak ikut….syar’iah pun dia tidak ikut, adat demokrasi hubungan negara atau negeri (sekiranya) orang itu memerintah (dia) orang itulah yang berhak (memberikan tanah), lebih-lebih lagi (kalau ikut) sya’riah,”tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan wakil rakyat Umno-BN yang mengatakan, para peserta Rancangan tanah Berkelompok (RTB) Kampung Pengakalan Merbau sudah boleh dibuat bayaran untuk menyambung bayaran untuk pemilikan mereka ke atas tanah tersebut.
“Yang Berhormat mari baru ni dia mengesahkan, nanti bayarlah…dia kata, dah sudah sah boleh, saya sahkan dengan Yang Berhormat sendiri dan Pejabat daerah sendiri, dia mari (ke) Balai Raya (baru-baru ini),”kata haji Jusoh yang lebih dikenali sebagai Pak Long Jusoh.
Pak Long Jusoh berkata demikian ketika ditemubual di rumahnya, di kampung Pengakalan Merbau, Langkap, Setiu, pada 26 September.
Menurutnya, ADUN Umno-BN tersebut berkata, pemilik tanah boleh membuat pembayaran kerana mahkamah telah pun membuat keputusan mengarahkan kerajaan negeri Terengganu membayar balik ganti rugi kepada tuan-tuan tanah yang telah dirampas tanahnya.
Tanah tapak rumah di RTB Pengkalan Merbau adalah antara antara ribuan lot-lot tanah yang telah dirampas oleh Umno-BN setelah kembali berkuasa pada tahun 2004.
Ekoran kerakusan Umno-BN merampas tanah-tanah tersebut, Lujnah Guaman PAS telah membawa kes rampasan tanah ke muka pengadilan untuk mendapat keadilan.
Pada 23 Ogos lalu, Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS TerengganuFathi Aziz Abu Bakar mengesahkan keputusan yang telah dibuat oleh mahkamahrayuan setelah kerajaan negeri Terengganu menarik balik tuntutan menolak keputusan mahkamah sebelumnya ke atas kes-kes terbabit.
Antara tanah yang dirampas dan rumah yang dirobohkan di RTB Pengkalan Merbau pada tahun 2005 adalah rumah milikSarjan (B) Abd khalid Shaari, seorang anggota tentera yang sedang berkhidmat, mempertahankan kedaulatan negara.
Pak Long Jusoh adalah Bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Kampung Pengkalan Merbau yang bertanggungjawab menguruskan penempatan peserta di rancanga tanah tersebut.
*** Lihat dan Dengar Rakaman Video Pak Long