NegeriTerengganu

Kearah negara berkebajikan 3; PAS santuni anak yatim

– DUN Sura cakna anak yatim menjelang idul fitriDUNGUN– Selepas 20 hari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak, warga kerja DUN Sura dengan dikepalai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya terus merealisasikan konsep “Membangun Negara Berkebajikan” dengan mensasarkan golongan anak-anak yatim sebagai penerima sumbangan menjelang Aidilfitri yang akan menjelang tidak kurang dua minggu sahaja lagi.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima, bergegas pula untuk menyampaikan sumbangan melalui program kebajikan “Pemuda Bersamamu 7.0” yang kebetulan turut diadakan pada hari yang sama, 20 Ogos Sabtu.

Sebelum ini, di ambang Ramadhan al-Mubarak golongan faqir miskin turut mendapat perhatian apabila sumbangan turut dihulurkan kepada mereka untuk sama-sama meraikan kehadiran bulan mulia ini.

Baca lagi dari sumber>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️