NegeriTerengganu

Ribut Melanda Empat kampung

(Kemaskini 9pm 18 Okt) DUNGUN– Puting beliung yang melanda hanya selama 5 saat, telah merosakkan sekurang-kurangnya 12 buah rumah di empat buah kampung disini semalam, Ahad 17 oktober

Menurut saksi, kejadian berlaku selepas hujan turun dengan lebat pada jam 4 petang

Warga emas, Puan Zahah Yusof, 70, dari kampung Pulau Serai berkata, beliau sedang berada dibilik air ketika kejadian berlaku manakala 7 orang cucunya, berada di dalam rumah.

Menurutnya, beliau terdengar bunyi angin kuat diikuti, ‘dentuman’ seakan rempuhan, lalu terus berlari keluar daripada rumahnya.

Ketika itulah, katanya, beliau menyedari bumbung di ruang tamu rumah telah diterbangkan angin kencang tersebut.

“Inilah kali pertama kejadian tiupan angin beliung melanda kampung, saya tidak menyangka hujan lebat kira-kira 15 minit diikuti dengan tiupan angin beliung telah menerbangkan atap dan bumbung rumah,”kata Puan Zahah, yang merupakan seorang ibu tunggal.

Menurut beliau, jirannya memberitahu, angin datang secara berpusar dan berwarna gelap, telah membawa puing-puing bergerak merempuh tujuh buah rumah yang berhampiran, termasuk rumah anaknya.

Akibat malapetaka itu, Puan Zahah berkata, beliau sekeluarga mengalami kerugian kira-kira RM20,000.

Tinjauan skuad Buletin mendapati, Kampung Pulau Serai paling teruk dilanda ribut itu dengan tujuh buah rumah rosak.

Selain itu, sebuah rumah di Kampung Tanjung Pagar, 3 di kampung Nibong dan sebuah di Kampung Bukit Chatak terur mengalami kerosakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

📱 📘 🐦 ✈️