Home Berita PAS Melaka

200 orang asnaf Dun Tanjung Bidara terima bantuan YB Mas Ermieyati

73
SHARE

Oleh ADAM BABA

MASJID TANAH, 25 Apr : Seramai 200 orang asnaf sekitar DUN Tanjung Bidara telah menerima bantuan sumbangan Ramadan daripada Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Setiap penerima bantuan menerima sumbangan dalam bentuk beras dan wang tunai sebanyak RM100 setiap seorang.

Program yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu berlangsung di Astana Shafiis Kampung Hujung Padang, Tanjung Bidara, di sini, pagi semalam.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Adun Tanjung Bidara, Datuk Wira Md Rawi Mahmud, sebagai tetamu kehormat.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Tanjung Bidara, Rohizan Abdul Rahman dan juga pimpinan PAS dan Bersatu tempatan.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .