Home Berita PAS Kedah

200 keluarga terima sumbangan Beras Sejahtera

189
SHARE

TANJUNG DAWAI – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tg. Dawai menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera yang diagihkan kepada 200 keluarga di perkarangan Masjid Hj. Zainuddin, pada Sabtu.

ADUN Tg. Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali berkata bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan harian penduduk di kawasan itu yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan dan petani.

“Sumbangan Beras Sejahtera merupakan inisiatif kerajaan negeri Kedah yang bermula sejak Ogos 2020. Sehingga kini, pihak PKWR telah mengagihkan tidak kurang 300 kampit beras & barangan dapur kepada penduduk yang memerlukan setiap bulan,’’ katanya.

“Mungkin ada yang melihat bantuan ini tidak seberapa, namun bagi penduduk yang memerlukan, sekampit beras ini bagaikan penyambung nyawa buat mereka sekeluarga,” ujarnya lagi.