Home Berita PAS Kedah

19 buah sekolah terima sumbangan kek dari ADUN Ayer Hitam

245
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

AYER HITAM – Sebanyak 19 buah sekolah sekitar DUN Ayer Hitam menerima sumbangan kek sempena Hari Guru 2022 daripada ADUN Ayer Hitam, YB Cikgu Azhar Ibrahim, baru-baru ini.

YB Cikgu Azhar Ibrahim (Cikgu At) turun menyantuni serta menyampaikan kek sempena hari guru di sekolah-sekolah dalam Dun Ayer Hitam selama dua hari berturut-turut.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Guru dan terima kasih kepada guru-guru yang menyambut serta memberi layanan mesra dengan kedatangannya.

Turut hadir Pengarah PKWR Ayer Hitam, Ustaz Abdul Hadi Omar dan Timbalan Pengarah PKWR, Hj Ghazali Isa.