Home Berita PAS Kedah

186 pelajar DUN Pantai Merdeka terima sumbangan IPT sepanjang tahun 2022

185
SHARE

 

PANTAI MERDEKA, 4 JAN – Seramai 186 pelajar DUN Pantai Merdeka menerima sumbangan kemasukan ke IPT sebanyak RM300.00 daripada kerajaan Negeri Kedah sepanjang tahun 2022.

Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT) adalah salah satu inisiatif bantuan kewangan untuk pelajar Kedah menyambung pelajaran di peringkat IPT.

Peruntukan khas daripada kerajaan Kedah ini bertujuan untuk meringankan bebanan para pelajar. Bantuan ini telah diuruskan dan diamanahkan kepada YB ADUN di setiap DUN.

YB ADUN Pantai Merdeka berkata:

“Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi selepas SPM.

Semoga Ilmu yang dapat kemudian hari diharapkan dapat dimafaatkan sebaik mungkin dan berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat. Ini kerana, anak muda adalah penentu masa depan sesebuah tamadun dan pentadbiran negara di masa akan datang.” tambahnya

Diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu serba sedikit mengurangkan beban kos pendaftaran pengajian di IPT masing-masing.