Home Artikel PAS Perlis

18 Pelajar Terima Sumbangan Ziarah Kembali Ke Sekolah

128
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

PADANG BESAR: Seramai 18 orang pelajar menerima sumbangan berupa wang tunai pada Program Ziarah Kembali Ke Sekolah yang berlangsung pada 1 Januari lalu.

Mereka terdiri daripada para pelajar yang tinggal di sekitar Kampung Panggas Besar.

Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan Padang Besar merangkap Pengarah DUN Chuping, Hj Saad Seman.

Beliau yang ditemui di sini berkata, mereka yang menerima sumbangan merupakan para pelajar yang akan memulakan persekolahan di beberapa buah sekolah di sekitar Perlis dan Kedah.

“Sumbangan ini juga merupakan sebahagian daripada tanggungjawab PAS iaitu menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Hadir sama dalam program tersebut, Ketua Kebajikan PAS Cawangan Panggas Besar, Hj. Ahmad Lateh.