Home Berita PAS Kedah

17 tawaran buat rakyat Kedah, bagi merealisaiskan The Greater Kedah

204
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 3 Ogos- Perikatan Nasional tawarkan 17 tawaran buat rakyat Kedah bagi merealisasikan ‘The Greater Kedah”.

Jelajah PNBest di Jitra semalam mendapat sambutan yang hangat dengan kehadiran penampilan utama YB Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan panglima perang Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Penuh Dataran Darul Aman semalam!

Dalam masa yang sama tawaran Perikatan Nasional turut dilancarkan. Sebanyak 17 tawaran yang ditawarkan buat rakyat Kedah bagi merealisasikan The Greater Kedah.

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapannya menyatakan bahawa beberapa tawaran yang ditawarkan itu sedang dilaksanakan.

“Semua perkara ini sebahagiannya dalam proses perlaksanaan, hanya nak dilanjutkan lagi” katanya.

Contoh yang dinyatakan beliau ialah geran tanah yang sudah lama dimohon, namun tiada penyelesaian oleh kerajaan sebelum ini!

“Punya lama mohon tanah! Saya tiap-tiap kali nak serah geran tu, tiap-tiap kali itulah emosi kita terganggu, berkecamuk, aku ni berdosa ka dak? Harap-harap daklah sebab kita ambil keputusan untuk selesaikan masalah ini!” katanya.

Beliau turut mempertikaikan selama 65 tahun kerajaan sebelum ini memerintah, di mana penyelesaian buat pemohon geran tanah yang sudah lama dipohon?

“Ada yang mohon 30 taun, 40 taun, saya jadi heran, kepala nak pecah! Pasaipa 30 puluh taun, susah tang mana nak bagi geran ni!”- Pertikai YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Oleh hal demikian, beliau menyeru kepada semua rakyat Kedah untuk menolak pemimpin (zaman kerajaan negeri sebelum ini) yang masih hidup dan berharap untuk mendapatkan Kedah semula.

“Tuan-tuan sekalian, ni pemimpin-pemimpin kita dulu, sebahagiannya dah meninggal, kita mohon Allah ampunkan depa, sebahagiannya yang masih hidup dan menawarkan sekali lagi khidmat untuk mai jadi pemimpin rakyat Kedah, orang dalam ni dalam BN,dalam PH, kita tolak tuan-tuan jangan bagi muka dah! Pesannya.

Manakala YB Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya, Pesuruhjaya PAS Kedah menyatakan keyakinan beliau kepada kecemerlangan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor untuk  terus memerintah di Kedah.

“Tahun 2020, Allah taqdirkan kita mengambil alih kerajaan, walaupun di tengah jalan, orang melihat tiada manifesto, tetapi banyak yang sudah dijayakan oleh MB, kehebatan ini dicemberui oleh mereka!” Ucapnya.