Home Artikel PAS Johor

14 Ogos 2018 | Ziarah Mahabbah KP DPPNJ atas Jemputan PAS Kawasan

113 views
SHARE

Labis – Ketua Pemuda, Ustaz Juwahir bin Amin bersama Setiausaha, Ustaz Abdul Hadi bin Harun dan Ustaz Soleh turun ke Kawasan Labis atas Jemputan Pimpinan PAS Kawasan.

Program pada malam ini dihadiri oleh muslimat, pemuda dan AJK PAS Kawasan Labis. Majlis dimulakan dengan slot Taujihad yang disampaikan oleh Ustaz Hadi dari Segamat. Kemudian, disambung dengan slot taklimat khas yang disampaikan oleh Ustaz Juwahir berkaitan pembangunan Pusat Tarbiyah di Labis dengan kerjasama Pemuda PAS Sikamat, Kajang, Selangor.

Pemuda PAS Kawasan Labis, walaupun masih baru, namun keahliannya semakin bertambah. Mereka Istiqomah membangunkan agensi di bawah pemuda setiap tahun. Baru-baru ini, Pemuda PAS Labis menerima kemasukan seorang anak muda daripada PPBM. In Shaa ALLAH, beliau bersedia bergerakkerja bersama-sama dengan pemuda PAS Labis. Selain itu, penghijrahan seorang mantan Exco DPPM yg baru sahaja menetap di Labis menambahkan lagi sinar kepada PAS Kawasan khususnya Pemuda PAS Labis.

Semoga pertemuan ini dapat mengeratkan hubungan antara Pemuda PAS Negeri dengan pimpinan PAS Kawasan seterusnya menatijahkan kepada kejayaan PAS keseluruhannya di seluruh peringkat.

Catatan,
ABDUL HADI BIN HARUN
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor