Oleh ANA NAJWA
MERBOK, 12 Okt – Ahli Dewan Undang Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali turun ke lapangan menyampaikan sumbangan keperluan makanan kepada 13 warga asnaf sekitar Kuala Segantang Garam, Merbok.
“Saya dan Ahli Jawatankuasa Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai akan meneruskan aktiviti ziarah sekitar Kuala Segantang Garam
“masih terdapat baki penduduk yang layak untuk disantuni,” ujar YB Ustaz Hanif Haji Ghazali menerusi Facebook beliau.
Beliau turut mengharapkan agar semua warga Tanjung Dawai sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
Turut serta dalam ziarah tersebut ialah Penyelia Zon, Ustazah Basariah Hj Yasin.