Home Berita PAS Kedah

12 orang anak-anak asnaf dibawa membeli baju raya

202
SHARE

Disediakan oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR,9 APRIL – Keceriaan jelas terpancar di wajah 12 orang anak-anak asnaf yang dibawa membeli baju raya di Pasaraya Giant Kulim baru-baru ini.

12 orang kanak-kanak yang dipilih pada kali ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Program anjuran Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai tidak lain, hanyalah untuk meringankan beban mereka sempena Aidilfitri akan datang.

Beberapa AJK daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Padang Serai turut bersama untuk membantu melancarkan program tersebut. Dalam masa yang sama, Ustaz Shahruddin Ibrahim, Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Serai turut meluangkan masa bersama bagi memilih pakaian untuk anak-anak asnaf ini.

Menerusi facebook PAS Kawasan Padang Serai, mereka mengucapkan ucapan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang menjayakan program tersebut.

“Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.