Home Berita PAS Melaka

100 penerima tablet percuma akan dihubungi – Mas Ermieyati

465
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 19 Feb : Ahli Parlimen Bersatu Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan bahawa pihaknya akan menghubungi mereka yang terpilih untuk menerima tablet percuma sumbangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

Ini susulan pihaknya telah pun menerima stok 100 unit tablet jenama Samsung untuk bantuan tersebut.

“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Sampai akhirnya 100 buah tablet jenama Samsung bagi keperluan anak-anak yang memerlukan di Masjid Tanah.

“Ramai yang mohon. Kalau boleh saya nak tolong semua yang mohon. Saya nak bagi semua. Tapi buat masa ini, ini yang ada. Ini yang Allah bagi. Buat betul-betul yang perlukannya.

“Insya-Allah nama-nama yang terpilih, akan dihubungi oleh pihak kami dalam masa yang terdekat,” ujar beliau.

Beliau turut memohon maaf kepada mereka yang tidak terpilih untuk menerima tablet tersebut kerana jumlah yang memohon terlalu ramai.

“Kami di Pusat Khidmat Rakyat dah cuba buat yang terbaik.

“Apa pun doakan kami semoga boleh tolong semua ya. Doakan ada rezeki lain untuk anak-anak Masjid Tanah,” ujar beliau di dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau semalam.

Untuk rekod, baru-baru ini beliau telah menyebarkan borang permohonan dan kajiselidik bagi tujuan mengenalpasti pemohon yang layak secara dalam talian bagi membolehkan mereka yang layak untuk membuat permohonan.