Home Berita PAS Sabah

100 asnaf terima sumbangan Aidiladha

100
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
11 Julai 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 100 asnaf sekitar Lahad Datu dan Tungku pada Sabtu sempena Aidiladha.

Bakul makanan berupa barang keperluan dapur seperti beras, gula, tepung, minyak masak, mee, garam dan telur hasil kutipan sumbangan daripada orang ramai.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lahad Datu, Nizam Latuah, sumbangan ini bertujuan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan dalam menyediakan juadah Aidiladha dan turut terkesan akibat kenaikan harga barang.

“PAS Lahad Datu menyeru agar kita semua bersama-sama menghayati nilai pengorbanan yang sebenar dengan menggerakkan usaha membantu golongan ini.

“Moga dengan usaha yang sedikit ini dapat menyuntik semangat yang lain untuk turut sama berkorban wang dan masa untuk menyantuni asnaf,” ujarnya yang juga Ahli Majlis Daerah Lahad Datu ketika menyampaikan sumbangan dalam Program Semarak Kasih Aidiladha.

Nizam juga berharap dengan membantu golongan asnaf, kita dapat menghayati nilai ibadah korban yang dituntut dalam agama.