Home Berita PAS Kedah

100 asnaf di Sungai Limau terima agihan balik zakat perniagaan PKNK

126
SHARE

YAN – Seramai 100 orang penerima terdiri daripada asnaf fakir, miskin serta fisabilillah di dalam DUN Sungai Limau menerima sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan Kerjasama Lembaga Zakat negeri Kedah (LZNK), Isnin lalu.

Sumbangan yang merupakan agihan balik zakat perniagaan PKNK itu bernilai RM10,000 bagi agihan pek makanan manakala RM10,000 bagi agihan tunai.

Sumbangan disampaikan oleh ADUN Sungai Limau, YB Ustaz Azam Abd Samat.

Hadir sama, Ketua Pegawai Korporat PKNK, Puan Maheran Manan, Ketua Bahagian Agihan LZNK, Ustaz Burhanuddin Hj Ahmad, Pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir bin Hassan, Imam Masjid Simpang Empat Sedaka, Ustaz Muhammad Nasir Ahmad.