Home Berita PAS Kedah

10, 000 USD dan RM14, 000 berjaya dikumpulkan melalui Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah

69
SHARE

 

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 21 FEB – Sebanyak 10, 000 USD dan RM14, 000 berjaya dikumpulkan melalui Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah bagi meringankan beban mangsa tragedi gempa bumi Turkiye-Syria.

Penyerahan ini merupakan penyerahan buat kali ke-dua oleh Badan Perhubungan PAS Kedah kepada PAS Relief. Sebelum ini, sumbangan awal sebanyak RM10,000 telah diserahkan bersempena Pelancaran Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye & Syria peringkat Negeri Kedah yang dilancarkan oleh YB Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya, Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah pada 8 Februari lepas.

Kali ini, sumbangan diserahkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad kepada Bendahari PAS Relief, Tuan Hj Mohd Adram Musa di Kompleks PAS Kedah.

Terbaru, rakyat Turkiye digemparkan lagi dengan dua gempa bumi yang berukuran 6.4 magnitud dan 5.8 magnitud yang telah melanda di sebelah Selatan Turkiye pada jam 2 pagi hari ini.

Menurut akhbar Harakahdaily, seramai 213 yang tercedera dan tiga yang terkorban. Gempa ini turut dirasai oleh penduduk Syria  dan mengakibatkan lebih 500 orang tercedera.

Buat para penyumbang dan semua warga Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya, teruskan menyumbang dan berdoa buat mereka!