Home Berita PAS Kedah

20 keluarga DUN Pantai Merdeka terima bantuan khairat kematian bulan Disember 2022

86
SHARE

PANTAI MERDEKA 26 FEB – Seramai 20 keluarga DUN Pantai Merdeka menerima sumbangan khariat kematian bulan Disember dari Kerajaan Negeri semalam.

Penyampaian telah disampaikan oleh YB ADUN Pantai Merdeka, Ustaz Hj. Ahmad Fadzli bin Hashim bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Pantai Merdeka.

20 keluarga yang menerima sumbangan Khariat Kematian  ini melengkapkan jumlah penerima seramai 303 keluarga sepanjang 2022.

ADUN Pantai Merdeka berkata sumbangan khairat kematian ini merupakan inisiatif daripada Kerajaan Negeri Kedah bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh waris arwah.

Untuk makluman Kerajaan Negeri telah menaikkan jumlah sumbangan kepada RM500 pada tahun 2022. Permohonan boleh dilakukan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat jika ada berlaku kematian dalam Dun Pantai Merdeka tanpa mengira kaum dan agama.

Turut hadir bersama Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pantai Merdeka En Saifulazli Ahmad serta AJK PKWR.