Home Berita PAS Selangor

​Perginya Seorang Permata Ummah Almarhum Ustaz Ansory

2545
SHARE


Banting, 2 November 2017 – Mudir Pondok Bustanul Arifin di Labohan Dagang, Alfadhil Ustaz Haji Ahmad Ansory @ Khairul Muin bin Morshid telah disahkan meninggal dunia tepat jam 12.01 minit malam tadi setelah koma beberapa hari di Hospital Putrajaya.  


 Rombongan DMPNS yang diketuai oleh Ketuanya, Ustazah Hjh Wan Hasrina Wan  Hassan beserta beberapa orang AJK Lajnah Kebajikan DMPNS telah turun ke Labohan Dagang pagi tadi bagi untuk bersama-sama solat jenazah serta menziarahi isteri dan keluarga almarhum. 

Urusan pengebumian telah dibuat pada jam 10.00pagi, dimana solat jenazah telah diimamkan oleh Naib Presiden PAS, YB Ustaz Idris  Ahmad  dan disertai oleh ribuan Ulama,  ahli dan pimpinan PAS dari pelbagai peringkat, Muallim dan  pelajar Pondok Bustanul Arifin, serta ahli keluarganya.
Almarhum Ustaz Ansory merupakan pengasas pondok Bustanul Arifin di Kg Labohan Dagang, Sepang yang menerima pelajar dari pelbagai latarbelakang untuk ditarbiah kembali termasuklah penagih dadah. Almarhum juga seorang yang aktif berdakwah dan bergerak dengan PAS semasa hayatnya serta merupakan bekas  Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepang. 
Warga DMPNS mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum dan sama-sama mendoakan agar almarhum ditempatkan bersama golongan yang soleh dan beriman.
Al-Fatihah.