Home Berita PAS Perlis

SRI At Taqwa Raih Tiga Anugerah

1115
SHARE

Oleh: Najah Izzati

PADANG BESAR : Sekolah Rendah Islam At Taqwa (SRIAT), Beseri, telah berjaya meraih tiga anugerah sempena Majlis Apresiasi KAFA dan Tadika Islam Peringkat Negeri Perlis 2017 yang telah berlangsung di Dewan Warisan, pada 3 November yang lalu.

Tiga anugerah tersebut adalah Anugerah Premis KAFA Harapan, Anugerah Guru Cemerlang (Ustaz Mahadhir bin Abdul Rahman) dan Anugerah Pelajar Cemerlang UPKK (Tariq Ziyad bin Rezqa).

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Pihak sekolah menyifatkan kejayaan yang diraih ini sebagai suatu bentuk pengiktirafan kepada usaha pihak sekolah dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada para pelajarnya.

SRIAT merupakan salah satu daripada tiga institusi pendidikan arus perdana (sistem pendidikan rendah dan menengah) milik PAS di negeri Perlis.

—————————————————————————————————-

Pihak sekolah kini sedang dalam proses menyiapkan pembinaan bangunan baru bagi menambah baik fasiliti yang terdapat di sekolah dengan kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 900,000.

Sumbangan untuk menampung kos pembinaan ini amatlah dialu-alukan dan kepada para penyumbang, sumbangan bolehlah disalurkan menerusi akaun berikut:

BANK ISLAM 0910010042297
MAYBANK 559012003014

Untuk makluman lanjut, boleh hubungi :

Ustaz Azamhari (Mudir): 013-4040777
Puan Sharifah: 013-4059414
Pejabat Sekolah: 04-9382326