Home Berita PAS Perlis

SRI Al Furqan Rayu Sumbangan Siapkan Pembangunan Sekolah

1171
SHARE

ARAU : Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Furqan masih menjalankan kempen sumbangan bagi menyiapkan pembinaan Bangunan Kelas 2 Tingkat SRIAF yang melibatkan 3 Fasa iaitu Fasa 1 bernilai RM 400 000, Fasa 2 (RM 300 000) dan Fasa 3 (RM 250 000).

Pembinaan bangunan tambahan ini adalah bagi menampung jumlah pelajarnya yang semakin meningkat saban tahun.

Sekolah di bawah seliaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis ini turut menerima anugerah Premis Harapan KAFA 2016 sempena
Majlis Apresiasi Harapan KAFA dan Tadika Islam Peringkat Negeri Perlis 2017 yang berlangsung di Dewan Warisan Kangar
Perlis baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi menampung segala kos yang diperlukan.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun SRIAT seperti berikut:

CIMB BANK 8006341413
MAYBANK 559012303011

(SMS / Whatsapp slip sumbangan ke nombor 019 454 6670)